Rabu, 8 Jun 2011

sahabat???

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.

Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.

Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang
buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai kelebihan DariNya .

Kawan yang Baik mereka Saling Tolong Menolong Diantara satu dengan yang lainNya .



Sudah Kah kita mempunyai kawan yang Baik, Kalau sudah Alhamdullilah, kalau belum cari cari Lah mereka, Asalnya Manusia semuaNya Baik baik belaka. Tiada siapa yang ingin jadi jahat .

Tapi mengapa ya... masih ada lagi yang jahat, perangai sebiji macam syaitan . Masyallah aku pun kehairanan. Sebab itu Lah Allah swt menjadikan Syurga dan Neraka.Insyallah kita semua masuk syurgaNya. Amin Ya Robbalalamin. MakbulLah ya Allah akan doa kami .Kami takut akan Neraka mu .

Firman Allah s.w.t.
" Dan (ingatlah) hari diwaktu Allah menghimpunkan mereka semuanya (dan Allah berfirman): "Hai golongan jin, sesungguhnya kamu telah banyak menyesatkan manusia", lalu berkatalah kawan-kawan meraka dari golongan manusia: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian daripada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian (yang lain) [504] dan kami telah sampai kepada waktu yang telah Engkau tentukan bagi kami".


Allah berfirman: "Neraka itulah tempat diam kamu, sedang kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)". Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui ".

[504] Maksudnya syaitan telah berhasil memperdayakan manusia sampai manusia mengikuti perintah-perintah dan petunjuk-petunjuknya, dan manusia pun telah mendapat hasil kelezatan-kelezatan,keseronokan duniawi yang melalaikan mereka dari mengingati perintah Allah s.w.t. oleh karena mengikuti bujukan-bujukan syaitan itu.
Surah Al An'am Ayat 128


Firman Allah s.w.t. ,


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk
bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216



Berkata Saufi Sulaiman r.a. ,

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup
untuk melupakannya;

Hadapi kehidupan kita ke tahap terbaik setiap hari, Setiap hari sangat berharga dan penuh dgn perbagai kemungkinan,janganlah buang masa berfikiran runsing mengenai masaalah kita,tinggalkan kemusykilan diri kita…..

Sebaliknya,penuhkan kehidupan dangan keamanan dan kenyamanan.Hiburkan diri kita dengan kenikmatan-kenikmatan kecil yang ada didalam dunia yang Kompleks ini…..KEBAHAGIAN itu ada didalam HATI KITA dan milik KITA Bersama.

Bertemu kita bersama di puncak Kejayaan.

love someone....






Cinta itu adalah fitrah .Jika benar ianya cinta yang datang daripada Allah biarkanlah ia mengalir dalam hati anda disamping kuatkan cinta kita kepada Allah tuhan yang Maha Esa dan hanya Dia yang layak dicintai oleh setiap hamba.

” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32).
Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..
” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )

Cukup cintai dia dalam diam.
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
.
Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..
.
Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?
~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 ).
Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..
” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)


من نحن فعلا..

SIAPAKAH KITA ??

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

cepat ada tawaran kerja kosong nig...

Iklan Jawatan Kosong
TEMUDUGA JAWATAN INI TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR MAKHLUK ALLAH

KEHADIRAN:

SEMUA DIWAJIBKAN HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

Message:

Jawatan ini khas kepada sesiapa yang berminat menjadi calon jenazah!!!

KEKOSONGAN JAWATAN:

(A) Ahli Syurga Dari Awal
(b) Ahli Neraka Dari awal
(C) Ahli Neraka Sementara, Kemudian Dilantik Menjadi Ahli Syurga

GANJARAN KHAS (khas buat jawatan A sahaja):

1. Nikmat Kubur
2. Perlindungan Di Padang Mahsyar
3. Keselamatan Ketika Meniti Titian Sirat
4. Ganjaran Syurga

TARIKH TEMUDUGA JAWATAN:

Bila-bila masa bermula dari saat membaca iklan ini

LOKASI TEMUDUGA JAWATAN:

Alam Barzakh (alam kubur)

KELAYAKAN:

Sila bawa dokumen asal: Iman, amalan anda dan sedekah jariah

PENEMUDUGA:

Mungkar Dan Nakir

SOALAN YANG DITANYA KETIKA DITEMUDUGA:

1) Siapa Tuhan Anda???
2) Siapa Nabi Anda???
3) Apa Agama Anda???
4) Apa Kitab Anda???
5) Dimana Kiblat Anda???
6) Siapa Saudara Anda???

CARA MEMOHON:

anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber datang menjemput anda... Penjemput berkenaan cuma berlembut pada orang yang tertentu dan bengis pada orang yang tertentu.

Nama Penjemput:

Izrail

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat anda.

Semoga anda berjaya dalam temuduga jawatan ini.

ujian.....

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”- Surah al-Baqarah ayat 286

Jawapan orang cerdik: Ya Allah, Jika ujian ini amat berat, berilah kekuatan untuk aku menghadapinya

KITA BERTANYA: KENAPA RASA SEDIH DAN KECEWA?

QURAN MENJAWAB:“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
- Surah ali-Imran ayat 139

Jawapan orang cerdik: Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku


KITA BERTANYA: APAKAH YANG HARUS AKU LAKUKAN?

QURAN MENJAWAB: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesa
baran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”- Surah ali-Imran ayat 200

Jawapan orang cerdik: Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku
dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu.

Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.


Rasullullah s.a.w mengingatkan kita dengan sabdanya:

“Orang yang cerdik adalah orang yg menjalani kehidupan seiring dengan kehendak agama dan membuat persiapan untuk hari esok manakala orang yang b0doh adalah orang yang menuruti keinginan nafsunya dan berangan-angan Allah akan mengampunkannya.”
(Riwayat at-Tirmizi)




Allah SWT mengingatkan seluruh manusia supaya sentiasa berdoa untuk dimatikan dalam Islam dan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh.

Firman Allah SWT:

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi.

Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”. (Yusuf, ayat 101)

akhir zaman!!!


"kamu ingat,menyanyi itu satu ibadah"
"dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim,kamu boleh mulakan persembahan kamu sekarang.."
"alhamdulillah,syukur kepada tuhan saya dapat membuat yg terbaik pada persembahan tadi..."

Inilah antara lafaz2 yg keluar daripada mulut org islam sendiri...adakah tepat apa yang mereka katakan??adakah betul apa yg mereka perkatakan...?
itulah apa yg saya dpt dengar dari sebuah rancangan realiti tv yg semakin hangat sekarang ini iaitu akademi fantasia musim 9...


akidah ialah antara elemen yg sangat penting dan sensitif yg kita perlu pelihara dengan sebaiknya...sekali kita berkata atau membuat sesuatu yg memesongkan akidah kita, kita wajib memperbaharui syahadah kita...sebeb itulah kita disuruh utk mendirikan solat kerana solat itu akan memperbaharui syahadah kita...mungkin kita tdk tahu,atau orang lain pun tdk tahu bahawa akidah kita telah tergelincir sedikit daripada landasannya, tapi itu antara kita dengan Allah S.W.T...

Sama-samalah kita muhasabah kembali kesilapan kita...setiap manusia tidak lari dalam melakukan kesilapan dari segi perbuatan, perkataan mahupun taqrir...


ramai penyanyi perempuan dilahirkan antara tanda2 akhir zaman...




kanak menjadi pujaan dalam perkara yg tdk sepatutnya...


inilah realiti di negara kita...malaysia yg kita cintai...


ya Allah, selamatkan kami di akhir zaman ini ya Allah...
peringatkan kami tentang azab-Mu ya Allah...
kembalikan hati2 kami ke jalan yg Engkau redhai...

syarat untuk buat maksiat...




Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"


Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"


"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."


Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

ما هو صادق



KEIKHLASAN umpama semut hitam di atas
batu hitam di malam yang kelam..


Manusia Dikumpulkan dalam Keadaan Telanjang !


Ibnu Abbas berkata , Rasulullah berdiri di tengah kami untuk menyampaikan nasihat .
Beliau berkata ,

"Wahai manusia , kamu akan dikumpulkan di hadapan Allah dalam keadaan telanjang , tidak dikenakan alas kaki dan dalam keadaan belum dikhitan . "

Firman Allah ,

"Sebagaimana Kami memulakan penciptaan pertama begitu Kami akan mengulanginya .
Itu adalah janji yang pasti Kami tepati ,
Sesungguhnya Kami yang akan melaksanakannya ."

Intisari :

  • Manusia akan dikumpulkan di hadapan Allah tanpa pakaian , tiada kasut dan tidak berkhitan .
  • Allah yang mencipta manusia dan menghidupkan mereka , sudah tentu dia juga mampu menghidupkan mereka selepas mereka dimatikan .
  • Mereka yang meninggalkan agama Allah selepas kewafatan Rasulullah , akan diazab walaupun mereka pernah beriman semasa Rasulullah masih hidup
Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang beriman .

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

dakWaH..


Assalamualaikum w.b.

Kali ini penulis ingin membawa satu kisah yang sememangnya sudah biasa didengari kerana bagi sesiapa yang membaca mana-mana buku sirah Rasulullah S.A.W. maka dia akan dapati kisah ini di dalamnya. Namun begitu, tidak ramai dalam kalangan kita, terutamanya para dai'e mengambil iktibar dari kisah dan nasihat ikon teladan Rasulullah SAW dalam kisah ini, apatah lagi bagi orang yang tidak pernah tahu pun tentang peristiwa ini.

Suatu ketika sebelum hijrah, seperti kebiasaan, Rasulullah akan berehat sebentar setelah selesai solat di kaabah, Masjidil Haram. Tiba-tiba, baginda didatangi oleh seorang sahabat, Khabab bin A'rat. Khabab merupakan salah seorang daripada kalangan sahabat baginda yang teruk menerima seksaan daripada puak musyrikin Quraisy selain Bilal bin Rabah dan keluarga Amar bin Yaser. Beliau sebelum ini bekerja sebagai tukang besi yang membuat senjata di Mekah. Tapi, setelah memeluk Islam, senjatanya sendiri digunakan Musyrikin Quraisy untuk menyeksanya. Dipukul dengan besi panas atau dililit dengan rantai besi yang masih merah membara adalah seksaan biasa selagi mana beliau tidak meninggalkan agama Islam. Pernah suatu ketika beliau "dipanggang" oleh Musyrikin Quraisy sehingga diriwayatkan bara api yang membakarnya terpadam akibat lemak-lemaknya yang cair. Subhanallah..

Ketika Khabab menemui Rasulullah SAW, beliau bertanya kepada baginda mengapa baginda tidak mendoakan kemenangan kepada umat Islam? Mengapa mereka harus menerima seksaan yang begitu pedih daripada musyrikin Quraisy? Sedangkan baginda adalah kekasih Allah Taala, amat mudah bagi Allah Taala untuk memakbulkannya. Kemudian, baginda Rasulullah SAW menjawab, "Kaum sebelum kita ada yang kena tanam dalam tanah hingga ke pinggang, kemudian dia digergaji dari kepala sehingga terbelah dua. Namun mereka masih tetap mentauhidkan Allah Taala. Tetapi kita, hanyalah kaum yang tergesa-gesa".

Nasihat dan motivasi ini secara khususnya memang ditujukan kepada Khabab bin A'rat, tetapisecara umumnya ditujukan kepada seluruh umat Islam sepanjang zaman. Kita sebagai penggerak dakwah seharusnya memiliki kesabaran yang amat tinggi dalam menghadapi kerenah dan cabaran dakwah sama ada daripada mad'u, musuh yang membenci dakwah mahupun kerenah sahabat yang sama-sama berjuang di pihak kita. Apa yang penulis boleh highlightkan di sini mengenai perkataan"tergesa-gesa" yang disebut oleh baginda Rasulullah SAW ialah:

1. Bersabar dengan apa jua cabaran dalam perjalanan dakwah dan tarbiyah. Cabaran yang dimaksudkan di sini ialah semua jenis cabaran sama ada kerenah mad'u, musuh yang membenci dakwah dan tarbiyah, kerenah sahabat sendiri yang mana sama-sama berjuang di pihak kita ataupun masalah yang timbul dari dalam diri kita sendiri.

2. Berfikir dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan. Dai'e perlu tenang dan berfikir dengan matang untuk melakukan apa-apa tindakan dalam proses dakwah dan tarbiyah. Dai'e tidak boleh cepat melatah dan membuta tuli membuat tindakan tanpa memikirkan pro kontra yang akan timbul selepas itu. To do something big we have to think big. Dakwah dan tarbiyah ialah satu perkara yang besear dan memerlukan jangka masa panjang. Sebab itu perjalanan dakwah dan tarbiyah wajib memiliki perancangan yang rapi, strategi yang mantap, dan matlamat yang jelas.

Penulis juga masih mentah dalam gerak kerja dakwah dan tarbiyah dan masih lagi memerlukan banyak bimbingan dan bantuan daripada dai'e-dai'e yang mursyid dan lebih senior dalam perkara ini. Penulis hanya nasihatkan agar sahabat-sahabat yang berada di atas jalan yang sama agar matang dalam dakwah dan tarbiyah dan jangan cepat melatah dalam bertindak.

15 Hal dalam diri kita tentang syaitan




15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita :


- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan “ALLAH”
- putus asa daripada rahmat “ALLAH”

15 Senjata Menghalang Syaitan:


- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca “la i’ la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min”
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan


- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca “Bismillah” ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

april fool???ade sejarahnye...ha..




Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sebenarnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan.The Aprils Fool Day berawal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol di tahun 1487 atau bertepatan dengan 892 H. Sebelum sampainya tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat dahulu sejarah Sepanyol ketika masih di bawah kekuasaan Islam.
Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pergunungan.
Islam telah menerangi Sepanyol. Kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Spanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata tidak untuk muzik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Spanyol, namun mereka selalu gagal. Telah beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Dikirimkan sejumlah mata-mata untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Spanyol. Akhirnya mata-mata itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Spanyol, iaitu harus melemahkan iman mereka dulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.
Maka, secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniup-niupkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai,penduduk sipil, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dihabisi dengan sadis.
Satu persatu daerah di Spanyol jatuh, Granada adalah daerah terakhir yang ditakluki. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan sudah sepi, tinggallah ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan genangan darah, tentera Salib mengetahui bahwa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentara Salib itu meneriakkan pengumuman, bahwa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan diperbolehkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. Kapal-kapal yang akan membawa mereka keluar dari Sepanyol sudah dipersiapkan di pelabuhan. Tentera Salib kononnya menjamin keselamatan mereka jika ingin keluar dari Spanyol, setelah itu, tentera Salib kononnyai tidak lagi memberikan jaminan! demikian pujuk tentara Salib.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam diperbolehkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Spanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentara Salib itu membakari rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Pada masa yg sama, ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan hanya terpana ketika tentera Salib juga membakari kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri daripada para perempuan dan anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Sedangkan tentara Salib pula telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara Salib itu segera membantai dan menghabisi umat Islam Spanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentara Salib terus membunuh warga sipil yang sama sekali tidak berdaya.
Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah bergenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian setiap tanggal 1 April sebagai April Mop (The Aprils Fool Day).
Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya yang seiman disembelih dan dibantai oleh tentara Salib di Granada, Spanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak patut jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan ikut merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya telah merayakan ulang tahun pembunuhan massal ribuan saudara-saudaranya di Granada, Spanyol, beberapa abad silam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...