Rabu, 8 Jun 2011

Kasih Sayang Allah SWT


Suatu ketika Siti Aisyah radiallahuanha iaitu isteri rasulullah SAW telah diziarahi oleh seorang ibu tua bersama dua orang anaknya yang mana mereka bertiga ini tersangatlah lapar semasa Rasulullah SAW tidak ada di rumah. Maka Siti Aisyah pun telah melayan dan menghidangkan mereka 3 biji kurma, iaitu seorang 1 biji kurma. Bukanlah Aisyah kedekut tidak mahu bagi mereka kurma lebih, walhal Aisyah dan suaminya, Rasulullah hanya mempunyai 3 biji kurma itu saja yg tinggal. Setelah dihidangkan, maka di rumah Rasulullah sudah tidak ada makanan lain. Dengan sifat kasih sayang isteri Rasulullah yg byk dididik oleh suaminya, maka Aisyah sanggup berlapar demi melihat ibu tadi bersama anaknya dapat menghilangkan kelaparan.Setelah itu, begitu laparnya kedua orang anak ibu tunggal tersebut sehingga keduanya makan dengan begitu cepat sekali dan keduanya memandang kurma ibu mereka kerana kelaparan kedua anaknya belum lenyap. Walhal ibunya tadi merasakan kelaparan yang tidak terhingga. Tetapi, dengan sebab kasih sayang seorang ibu kepada anaknya yang tidak terhingga, maka ibunya telah membelah kurma tersebut untuk dibahagikan samarata supaya kedua anaknya mendapat seorang separuh biji kurma. Lalu kedua anaknya makan dengan begitu cepat. Dengan kelaparan ibu tadi tanpa memakan kurma membuatkan Siti Aisyah mengeluarkan air mata kerana terlalu sebak, ibu itu sanggup berlapar asalkan anaknya kenyang.

Setelah Rasulullah SAW balik ke rumah, maka Siti Aisyah telah menceritakan perihal ibu tadi yang sanggup berlapar demi melihat kedua anaknya dalam keadaan kenyang kepada suaminya, Rasulullah SAW. Selepas Rasulullah SAW mendengar cerita daripada Siti Aisyah, maka Rasulullah telah bersabda:"sesungguhnya Allah swt sayang pada manusia 70 kali ganda lebih daripada sayangnya ibu pada seorang anaknya"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...