Rabu, 8 Jun 2011

santapan pemimpin

Abdullah bin Amr melaporkan, "Kami semua mengikut Rasulullah dalam satu perjalanan jauh. Kemudian kami turun berhenti di suatu tempat rehat. Antara kami ada yang mendirikan khemah, berlatih memanah, dan menjaga haiwan-haiwan ternakannya.

Kemudian, juru seru Rasulullah mengumumkan, 'Mari sembahyang secara berkumpulan!' Lalu kami semua berkumpul di tempat Rasulullah.

Baginda kemudian bersabda, 'Percayalah, semua nabi sebelum saya berhak memberitahu para pengikutnya segala kebaikan yang membawa manfaat pada mereka. Mereka juga memberi amaran kepada para pengikutnya berkaitan segala keburukan yang membahayakan mereka. Percayalah, keselamatan umat Muhammad ini diletakkan pada bahagian awal, manakala bencana berlaku pada bahagian akhir. Akan berlaku beberapa isu yang saudara-saudara menentangnya kerana bertentangan dengan hukum Allah. Selain itu, timbul beberapa fitnah. Sebahagian daripada fitnah menyebabkan fitnah-fitnah lain bagaikan menjadi ringan.

Terdapat pula fitnah, lalu berkatalah orang yang beriman, 'Inilah yang menyebabkan kita rosak.' Akhirnya, fitnah itu lenyap. Juga timbul fitnah lain, lalu berkatalah orang beriman, 'Ini! Inilah fitnah paling besar!'

Sesiapa yang suka dijauhkan daripada api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, hendaklah dia yakin pada Allah dan hari akhirat semasa berdepan saat-saat kematiannya. Dia juga melakukan kepada orang lain sebagaimana dia suka orang lain melakukan kepadanya.

Sesiapa yang bersumpah setia kepada pemimpin dengan berjabat tangan dan sepenuh hati, dia mesti taat kepada pemimpin itu dengan sedaya-upayanya. Sekiranya terdapat mana-mana pihak cuba merampas kekuasaan pemimpin itu, hendaklah dia memerangi para penentang itu.' "

-Riwayat Muslim-

*Hadith di atas saya petik daripada buku 'Tip-tip Pemimpin : Koleksi Terpilih daripada Kitab Riyadus Solihin' karya Imam Nawawi. Sekadar untuk renungan bersama, bersempena bulan muhasabah ini. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...