Jumaat, 22 Julai 2011

Mak Ayah....huhu

BIla mak kata dia teringat…kita kata kita penat

Bila ayah dia rindu..kita kata nanti la dulu

Bila mak buat kita sedih..kita kata mak tak prnah fhm

Bila ayah buat kita sayu..kita kata ayah xnak faham kita.

Bila kita gagal..mak kata takpe cuba lagi.

Bila kita jatuh..ayah sokong kita untuk bangun balik

Bila apa yg kita nak kita takdpat..kita kata mak pentingkan diri

Bila keinginan kita terbiar..kita kata ayah tak sayang kita

Bila kita lapar..mak bagaikan hilang kaki mencari makann untk kita

Bila kita susah….ayah tak pernh berhenti buat kerja.

Di atas diambil sedikit dari buku DIARI SUFI> best sgt2~

Mimpi Rasulullah saw

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw

bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul

maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka
malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN
KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA
.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK
telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cubauntuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita
di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cubaberbicara dengan golongan orang mukmin tetapi
mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU
lalu menyeru k epada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Sabtu, 11 Jun 2011

bAlIk.....

aSsAlAmUaLaIkUm....
hUh.....
satu perkataan yang terpacul dari mulut ni....
esok dah nak balik....tak dapat la nak update blog kesayangan nih lagi....
balik asrama????
gembira???
sedih???
due-due ade...
gembira: sebab dapat blaja balik...duduk rumah perkara yang paling tak suke...sebab blaja acuh tak acuh je.....lagipown slalu sangat kene buli ngan adeq....huh...
sedih: sebab ape ye? ha....sebab nak berpisah ngan makanan, mak n ayah, ngan kucing, ngan ape lagi ye....ntah la.....byak bnde yg terpiash.....huhu...tapi tak pe nnti balek lagi.....

hidup perlukn byak pengorbann....aq berushe untuk blaja kerana Allah...dan aq tak nak menghampakn mak n ayah aku....tapi mcm mne ye....slama ni mmg aq impikan nak pindah skolah yg dekt ngan family n jauh pown tak pe sbb aq nak blaja jauh2.....

tapi sume trhapus dek kemlngn yg aq sndri pown tak tau....mcm mne bley jadi....
first....aq isi borg gi kisas tetapi slh isi..
second...x pat msukkan pin number mrsm....tpi aku dpt gak msuk mrsm...ats bntuan kwn ayh aku..tpi aku x pegi sbb pikirkn hal pemimpin 95....tpi smpaikn skunk aq x pat pikirkn ape hkmahnye....hih.....itulh...aq sesl sgt sbb........

Jumaat, 10 Jun 2011

sAnTaPaN RoHaNi..

Assalaamu’alaikum,

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah”.

Tekan 1 untuk ‘meminta’.

Tekan 2 untuk ‘mengucap syukur’.

Tekan 3 untuk ‘mengeluh’.

Tekan 4 untuk ‘permintaan lainnya’.”

Atau….

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

“Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah

sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya.”

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat

respons seperti ini:

“Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,

Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,

Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,

Tekan 4. “Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga &

neraka,silakan tunggu sampai Anda tiba di sini!!”

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok.”

atau…

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi.”

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda.. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pern ah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh

4 : solat Zuhur

4 : solat Asar

3 : solat Maghrib

4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :

28443483

2 : solat Subuh

8 : solat Dhuha

4 : solat Zuhur

4 : solat Asar

3 : solat Maghrib

4 : solat Isya

8 : Solat Tahajjud atau lainnya

3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul “Al Qur’anul Karim & Hadis Rasul”

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

Sabda Rasulullah S.A.W : “Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi

Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut”

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap “Bismillah” pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap “Alhamdulillah” pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap “Astaghfirullah” jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap “Insya-Allah” jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap “La haula wala kuwwata illa billah” jika menghadapi

sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap “inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” jika menghadapi dan

menerima musibah.

7. Mengucap “La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah” sepanjang

siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ..

mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu… mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.


Khamis, 9 Jun 2011

[Mohd Saipuddin Sulaiman- Berita Minggu]

Langkahnya menggusar banyak pihak
Hinggakan Barat sentiasa tersentak
Siang malam lancarkan misi
Yang disyaki terus digari
Kini Barat mendabik dada
Musuh utama sudah tiada
Katanya dunia aman semula
Walhal Palestin seperti biasa
Siang dan malam derita senantiasa
Musuh atau pejuangkah Osama itu?

Allah-always With-us

pelik......memang pelik....x tau lah nakcakap macam mana lagi....

susah nak dibayangkan...sekarang nih betul-betul pelik....kenapa bila buat blog mengenai intipati islamik semua x nak layan...hei..pelik-pelik.....kebanyakan blog sekarang ini semuanya memaparkan diarilah....itulah inilah...namun apa boleh dibuat....blog itu kepnyaan sendiri orang iulah yang berhak mengendalikan blognya....apa-apapun dekat padang masyar nanti Allah akan tanya kita tentang apa yang kita buat apabila kita menggunakan semua kemuadahan ini....mulut kita tidak akan bercakap tetapi tangan, kaki, dan anggota badan kita yang lain yang akan bercakap menjadi saksi atas perbuatan yang kita lakukan selama ini.....

wahai makhluk Allah sekalian ingatlah Allah melihat apa yang kamu lakukan selama kamu masih hidup atas muka bumiNya ....Dia yang menjadikan dunia ini sebagai tempat sementara buat manusia seperti kita dan juga makhluk yang telah diciptakanNya di dunia ini untuk hidup sementara menanti sebuah tempat yang kekal ang akan kita diami....


kisah kambing dan telaga buta.....

ada seekor kmbing yg trjatuh dalam sbuah prigi bute....kmbing trsebut mengembek shingga
menarik prhatian org yg lalu lalang....org ramai brbincang bgaimana ingin mngeluarkn kmbing tersebut tetapi mreka tdak mnemui caranya.....akhirnya mreke semua brsepakat ingin menimbus prigi tersebut untuk mngelakkn bau busuk krane kmbing trsbut tdak dapt dislamtkan lgi....
penduduk kmpung bergotong royoong menimbuskn prigi tersbut....sdah jatuh dtimpa tangga...kmbing tersebut dah lah jatuh dlm prigi lepas itu mahu ditimbus pula....setiap kali tanah dan pasir dituang kambing trsbut akn menggoygkn badnnya untuk menyingkirkan tanah dn pasir dri bdannya....makin lme tanh semakin tinggi akhirnya kmbing tersebut berjaye diselamtkan...dia melompt keluar dripade prigi tersebut....

p/s : Allah berfirman. " kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
surah al-insyirah 94 :5-6










Thank You Pictures, Graphics, Images, Comments
Thank You Comments Pictures - Photobucket

bosan~.....

kita sebagai umat islam tidak patut berkata yang kita bosan....masih byak lgi perkre yg boleh kita buat....

contoh: ~bace alquran bukankah itu baik mendatangkan pahala~


petang yg agak merumitkan...

Hari nih agak mendebarkan mungkin sebab x lama lagi nak balik sekolah tu yang seronok tu...
lagi pun miss dekat semua orang.Almaklumlah cuti seminggu je orang lain cuti dua minggu .Tak apa jangan risau tak elok cuti lama2 kalau cuti maksudnya cuti belaja skali kalau kita tidak mendengar nasihat selama 3 hari atau lebih maka akan timbul satu titik hitam dalam hati kita nih.So rajin-rajin la dengar nasihat biarpun pahit...


أرسلت كفاح
اكتمل عطلة مبادرة السلامة في العمل المدرسي


Rabu, 8 Jun 2011

sahabat???

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.

Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.

Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang
buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai kelebihan DariNya .

Kawan yang Baik mereka Saling Tolong Menolong Diantara satu dengan yang lainNya .



Sudah Kah kita mempunyai kawan yang Baik, Kalau sudah Alhamdullilah, kalau belum cari cari Lah mereka, Asalnya Manusia semuaNya Baik baik belaka. Tiada siapa yang ingin jadi jahat .

Tapi mengapa ya... masih ada lagi yang jahat, perangai sebiji macam syaitan . Masyallah aku pun kehairanan. Sebab itu Lah Allah swt menjadikan Syurga dan Neraka.Insyallah kita semua masuk syurgaNya. Amin Ya Robbalalamin. MakbulLah ya Allah akan doa kami .Kami takut akan Neraka mu .

Firman Allah s.w.t.
" Dan (ingatlah) hari diwaktu Allah menghimpunkan mereka semuanya (dan Allah berfirman): "Hai golongan jin, sesungguhnya kamu telah banyak menyesatkan manusia", lalu berkatalah kawan-kawan meraka dari golongan manusia: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian daripada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian (yang lain) [504] dan kami telah sampai kepada waktu yang telah Engkau tentukan bagi kami".


Allah berfirman: "Neraka itulah tempat diam kamu, sedang kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)". Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui ".

[504] Maksudnya syaitan telah berhasil memperdayakan manusia sampai manusia mengikuti perintah-perintah dan petunjuk-petunjuknya, dan manusia pun telah mendapat hasil kelezatan-kelezatan,keseronokan duniawi yang melalaikan mereka dari mengingati perintah Allah s.w.t. oleh karena mengikuti bujukan-bujukan syaitan itu.
Surah Al An'am Ayat 128


Firman Allah s.w.t. ,


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk
bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216



Berkata Saufi Sulaiman r.a. ,

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup
untuk melupakannya;

Hadapi kehidupan kita ke tahap terbaik setiap hari, Setiap hari sangat berharga dan penuh dgn perbagai kemungkinan,janganlah buang masa berfikiran runsing mengenai masaalah kita,tinggalkan kemusykilan diri kita…..

Sebaliknya,penuhkan kehidupan dangan keamanan dan kenyamanan.Hiburkan diri kita dengan kenikmatan-kenikmatan kecil yang ada didalam dunia yang Kompleks ini…..KEBAHAGIAN itu ada didalam HATI KITA dan milik KITA Bersama.

Bertemu kita bersama di puncak Kejayaan.

love someone....






Cinta itu adalah fitrah .Jika benar ianya cinta yang datang daripada Allah biarkanlah ia mengalir dalam hati anda disamping kuatkan cinta kita kepada Allah tuhan yang Maha Esa dan hanya Dia yang layak dicintai oleh setiap hamba.

” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32).
Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..
” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )

Cukup cintai dia dalam diam.
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
.
Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..
.
Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?
~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 ).
Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..
” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)


من نحن فعلا..

SIAPAKAH KITA ??

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

cepat ada tawaran kerja kosong nig...

Iklan Jawatan Kosong
TEMUDUGA JAWATAN INI TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR MAKHLUK ALLAH

KEHADIRAN:

SEMUA DIWAJIBKAN HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

Message:

Jawatan ini khas kepada sesiapa yang berminat menjadi calon jenazah!!!

KEKOSONGAN JAWATAN:

(A) Ahli Syurga Dari Awal
(b) Ahli Neraka Dari awal
(C) Ahli Neraka Sementara, Kemudian Dilantik Menjadi Ahli Syurga

GANJARAN KHAS (khas buat jawatan A sahaja):

1. Nikmat Kubur
2. Perlindungan Di Padang Mahsyar
3. Keselamatan Ketika Meniti Titian Sirat
4. Ganjaran Syurga

TARIKH TEMUDUGA JAWATAN:

Bila-bila masa bermula dari saat membaca iklan ini

LOKASI TEMUDUGA JAWATAN:

Alam Barzakh (alam kubur)

KELAYAKAN:

Sila bawa dokumen asal: Iman, amalan anda dan sedekah jariah

PENEMUDUGA:

Mungkar Dan Nakir

SOALAN YANG DITANYA KETIKA DITEMUDUGA:

1) Siapa Tuhan Anda???
2) Siapa Nabi Anda???
3) Apa Agama Anda???
4) Apa Kitab Anda???
5) Dimana Kiblat Anda???
6) Siapa Saudara Anda???

CARA MEMOHON:

anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber datang menjemput anda... Penjemput berkenaan cuma berlembut pada orang yang tertentu dan bengis pada orang yang tertentu.

Nama Penjemput:

Izrail

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat anda.

Semoga anda berjaya dalam temuduga jawatan ini.

ujian.....

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”- Surah al-Baqarah ayat 286

Jawapan orang cerdik: Ya Allah, Jika ujian ini amat berat, berilah kekuatan untuk aku menghadapinya

KITA BERTANYA: KENAPA RASA SEDIH DAN KECEWA?

QURAN MENJAWAB:“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
- Surah ali-Imran ayat 139

Jawapan orang cerdik: Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku


KITA BERTANYA: APAKAH YANG HARUS AKU LAKUKAN?

QURAN MENJAWAB: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesa
baran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”- Surah ali-Imran ayat 200

Jawapan orang cerdik: Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku
dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu.

Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.


Rasullullah s.a.w mengingatkan kita dengan sabdanya:

“Orang yang cerdik adalah orang yg menjalani kehidupan seiring dengan kehendak agama dan membuat persiapan untuk hari esok manakala orang yang b0doh adalah orang yang menuruti keinginan nafsunya dan berangan-angan Allah akan mengampunkannya.”
(Riwayat at-Tirmizi)




Allah SWT mengingatkan seluruh manusia supaya sentiasa berdoa untuk dimatikan dalam Islam dan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh.

Firman Allah SWT:

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi.

Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”. (Yusuf, ayat 101)

akhir zaman!!!


"kamu ingat,menyanyi itu satu ibadah"
"dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim,kamu boleh mulakan persembahan kamu sekarang.."
"alhamdulillah,syukur kepada tuhan saya dapat membuat yg terbaik pada persembahan tadi..."

Inilah antara lafaz2 yg keluar daripada mulut org islam sendiri...adakah tepat apa yang mereka katakan??adakah betul apa yg mereka perkatakan...?
itulah apa yg saya dpt dengar dari sebuah rancangan realiti tv yg semakin hangat sekarang ini iaitu akademi fantasia musim 9...


akidah ialah antara elemen yg sangat penting dan sensitif yg kita perlu pelihara dengan sebaiknya...sekali kita berkata atau membuat sesuatu yg memesongkan akidah kita, kita wajib memperbaharui syahadah kita...sebeb itulah kita disuruh utk mendirikan solat kerana solat itu akan memperbaharui syahadah kita...mungkin kita tdk tahu,atau orang lain pun tdk tahu bahawa akidah kita telah tergelincir sedikit daripada landasannya, tapi itu antara kita dengan Allah S.W.T...

Sama-samalah kita muhasabah kembali kesilapan kita...setiap manusia tidak lari dalam melakukan kesilapan dari segi perbuatan, perkataan mahupun taqrir...


ramai penyanyi perempuan dilahirkan antara tanda2 akhir zaman...




kanak menjadi pujaan dalam perkara yg tdk sepatutnya...


inilah realiti di negara kita...malaysia yg kita cintai...


ya Allah, selamatkan kami di akhir zaman ini ya Allah...
peringatkan kami tentang azab-Mu ya Allah...
kembalikan hati2 kami ke jalan yg Engkau redhai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...