Rabu, 8 Jun 2011

hiDaYAh dATaNg lAgI


Kebanyakan dan hampir semua antara kita, paling tidak pun, mesti akan terfikir untuk berubah menjadi lebih baik walaupun sedikit.

Itu bermaksud, hidayah Allah itu datang lagi.

Kenapa 'lagi'?

Sebab ketahuilah Allah itu menyayangi hamba-hambaNya

dan sentiasa melimpahkan kasih-sayangNya (rahmatNya) kepada kita.

Pernah tak terasa, bila kita buat sesuatu yang salah, kita akan terasa sesuatu

seperti ada lintasan di dalam hati,

yang membuatkan hati kita tak sedap untuk melakukannya,

lantas kita berhenti,

tapi kita tak tahu apakah perasaan itu?

Atau,

pernah tak terasa, bila kita duduk saja-saja,

kita reflect kehidupan kita sebelum-sebelum ni,

kita rasa kita nak berubah?

Ketahuilah,

Itulah antara perasaan-perasaan yang kita rasa,

apabila Allah melemparkan hidayahNya.

Secara kita sedar tak sedar,

Bila kita menyimpang dari jalanNya yang lurus

Dia akan 'tarik' balik kita ke jalan yang sepatutnya

Tapi kita manusia,

kadang sedar, kadang tak.

Yang sentiasa tak lari daripada kesalahan.

Yang selalu terfikir bahawa kita punya masa untuk berubah di masa hadapan

So, kita menyimpang balik ^^

Tapi kasih sayang Allah itu luas.

Dia tarik balik kita ke jalan yang lurus dengan berbagai cara.

Lintasan hati, suasana sekeliling, peristiwa, dan berbagai lagi.

Jadi, apabila hidayah Allah itu datang, garablah.

Sebab sebenarnya hidup kita tak lama.

Sebab hidayah Allah itu mahal.

Allah memberikan hidayah kepada siapa yang dikehendaki-Nya

kepada jalan yang lurus [2 : 213]

Dan, perubahan itu tak perlu drastik.

Kerana sifat gopoh itu tidak efficient.

Dan membuatkan kita balik kepada perangai yang lama.

Berubahlah sedikit-sedikit.

Carilah kawan dan persekitaran yang membantu :)

Hidayah itu ibarat cahaya. Ia tidak akan menyapa kamar yang tidak

dibuka jendelanya.

Bukalah hati untuk disapa hidayah itu. InsyaAllah akan terasa kemanisannya :)

Teruskanlah berdoa. Kerana rahmat kasih sayang Allah itu tidak pernah putus terhadap hamba-Nya

*this is a reblog. thanks bro and the other bro n my friend for the permission =)

it's simple but it makes us think very deeply.

think about it. it's time to lower our ego and change for the better.

" ala ... nnt kalau aku berubah, org ckp aku alim la ape la "

" i might lose some friends ..... "

" but I love my current life ?!?!?! "

tahukah anda,

mengikut hadith, zaman umat Nabi Muhammad dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa

" masa kenabian itu ada di tengah tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya

selanjutnya adalah masa khilafah yang mengikuti jejak kenabian ( khilafah 'ala minhaj an-nubuwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya

selanjutnya masa kerajaan yang menggigit ( Mulkan' Adhan ) adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya

setelah itu masa kerajaan yang menyombong ( Mulkan Jabariyyan ) adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila dia menghendaki untuk mengangkatnya

selanjutnya adalah masa khilafah yang mengikuti jejak kenabian ( khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah )

kemudian beliau ( Nabi ) diam "

- Hadith Riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuadman bin Basyir dari Hudzaifah

Mengikut Rasulullah, fasa pertama bagi umat ini adalah ketika nabi masih hidup -zaman ini sudah berlalu

Kemudian, datang pula zaman pemerintahan yang menikut cara kenabian. Pada zaman ini, kita dapat lihat umat islam diperintah oleh Khulafa' Rashidin - zaman ini sudah berlalu

Kemudian, datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang "menggigit". " Menggigit" dalam hadith tersebut bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Pada fasa ini, kerajaan Umayyah, Abassiyah dan Uthmaniah yang berkuasa menggunakan sistem monarki- zaman ini telah berlalu

Kemudian datang pula satu zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela - dah fasa itu ialah zaman sekarang

Kemudian, setelah berlakunya fasa keempat, akan datang fasa 5

Pada fasa ke 5, dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam

Setelah habis mengenai fasa tersebut, tiba tiba Rasulullah S.A.W diam

Dan diam tersebut bermaksud "sejarah manusia sudah tamat "

Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa ke 4 ni akan kedatangan satu fitnah, fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia, itulah fitnah Al-Masih Ad-Dajjal

Dajjal tidak akan datang pada fasa ke 5 kerana kekuasaan telah berada di pihak orang orang yang beriman

Dajjal juga tidak akan muncul selepas fasa ke 5 kerana selepas itu sejarah ketamadunan manusia telah tamat

Hanya fasa ke 4 sahaja peluang untuk iblis mengumpul pengikutnya seramai mungkin ke neraka

dan fasa ke 4 itu adalah zaman yang kita berada di dalamnya SEKARANG

so ? are we ready to face this ?

mungkin lepas baca note ni anda akan rasa takut and terus nak berubah.

mungkin anda tak kesah.

and mungkin terdetik di hati "ala kalau aku berubah pun, sebab takut, bukan kerana Allah, buat apa, niat pun dah salah ?"

Terfikir tak anda kalau ini "mungkin hidayah untuk aku ?" Hidayah datang, lagi ?

Minggu ni je, ada sorang anak kenalan family meninggal dunia, ada sorang kawan abah kena stroke, ada sorang lagi jatuh sakit and terus lupa ingatan.

Hidayah datang, again and again.

"Takpelah, kalau taknak berubah sekarang, nanti hidayah datang lagi, kan ? "

Hurm. Ok, but what if, sebelum hidayah datang again, ajal datang dulu ?

Astagfirullahalazim.

Sama-sama kita remind each other. InsyaAllah

Saya share sebab saya care kat awak sume.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...