Ahad, 1 Mei 2011

....sUnGaI DaLaM LaUt.....


ketika seorang ahli selam terkemuka dari Perancis , Jacques Yves Costeau sedang melakukan eksplorasi di dasar laut, dia telah menemukan satu fenomena ganjil.terdapat beberapa kumpulan mata air tawar yang sungguh segar dan sedap rasanya kerana tidak bercampur dengan air masin di sekeklilingnya.ia seolah-olah terdapat dinding lut sinar yang membatasi kedua-duanya. fenomena misteri ini merunsingkan Costeau dan fikirannya asyik tertanya-tanya bagaimana keadaan itu boleh berlaku. namun adakalanya dia merasakan itu hanyalah satu khayalan atau halusinasi . puas dia berfikir, namun dia tetap tidak menemukan jawapan di sebalik persoalan itu. sehinggalah suatu hari seorang Professor Muslim telah menjelaskan realiti itu dengan kuassa Allah sambil memberi sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud :

"Dia biarkan kedua lautan bertemu, diantara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus."
(ar-rahman: 19-20)

ayat tersebut menjelaskan tentang dua lautan yang bertemu tetapi tidak bercampur airnya. semenjak itu Costeau mula menyedari akan kebenaran al-Quran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad. kekagumannya terhadap keindahan dan misteri yang terkandung di dasar laut membuatkan dia terfikir tidak mungkin Nabi Muhammad yang wujud pada abad ke-7 mampu mengetahui fenomena itu dan menjelaskannya.keadaan itu akhirnya membuka hatinya untuk memeluk Islam.itulah kekuasaan Allah yang maha Agung.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...